Pengalaman Speaking Muet

04 March

24 February 2016 lalu,aku baru saja selesai Ujian Muet Speaking. Ni first time aku ambil Muet sebab syarat nak continue degree kan. Masa ujian tu pula kena pukul 11am.Takde la awal,takde pulaa lewat. Papepun redha jelahh. But aku daftar sebagai calon persendirin kat sekolah tu bahasa kasarnya calon menumpang. So,semua benda kena settle sendiri. For the first,it's very tough time to handle semua. Tapi takde laa bodoh sangat,lastly faham je flow lepas baca semua benda kat website MPM.

Aku berpakat dengan my best person,Izzudin nak ambil Muet sesama,agak mengada lah kat situ.Boleh nampak.Location sekolah tu tengah-tengah je antara Tapah dengan Seri Iskandar,SMK Seri Teja,Gopeng. So then,kitorang tak boleh la pergi sekali memandangkan bukan sehala. Huhuhu Aku gerak awal dari kolej memandangkan duration journey tu lebih kurang 40min driving. Lagipun aku takde pun sesiapa nak menumpang pergi sana,pagi tu baru decide la nak pergi dengan apa.That's why la gerak awal.Riso jadi pape pulak. Lagipun aku bukan tahu nak tuju tempat or dewan Muet tu. Serious aku redha je pagi tu. haha

Bila sampai je kat sekolah tu,aku terus je tanya Pakcik Guard tu. nampak gaya dia pun tak tahu kat mana tempat orang ambil muet. Dah la sekolah tu takde pulak nak letak tanda arah atau papan tanda muet.Senang la sikit nak mencari. Naik sasau cari tempat muet tu. Lastly,perut pun lapar so,pergi la cari kantin sekolah. Tetiba kat situ nampak pulak member dari Tapah yang kebetulan ambil muet kat sekolah yang sama. Nasibla dia tahu tempat tu kat mana.So,aku pun bergegas la pergi ambil kehadiran kat dewan tu. pastu turun kantin balik sebab nak tunggu si izzuddin pula. Risau dia pun jadi sasau cari tempat Muet tuu. hahaha

Sampai je kat situ risau ,serious takde orang pun aku nampak.Takpe,chill..chill. tak lama lepas tu aku nampak la ada beberapa manusia yang maybe calon penumpang cam aku jugak.Tetiba ada cikgu ni suruh kitorang tunggu dalam bilik ape tah. Tapi aku decide nak tunggu Izzuddin juga takut dia tak jumpa tempat.

Masa tunggu tu lebih kurang 30 minit juga. Aku pun hairan kenapa lama sangat. Dah pukul 11,baru la examiners tu masuk. Tu pun dia cakap tunggu lagi 30minute untuk semua candidates hadir. Pergahh bapakk lama.Pishang ni. After 30minute,cikgu ni suruh kitorang kumpul semua gadjets dalam beg plastik buruk by group speaking. Okay lupa nak cakap.. Aku satu group dengan Izzuddin. Hahaha BAHAGIA.

Kitorang ni jadi group ke-2 and aku jadi candidates D. Hahaha Alhamdulillah. Soalan pagi tu takde la susah sangat. Bolehlaa aku jawab. Lagipun dah prepare study apa yang patut. Soalan tu "way to reduce homesickness" serious senang. Tapi solution aku ni pishang ah sebab aku tak pernah buat benda tuu. So aku agak tak boleh jawab masa task 1. "keep in touch with family member" kitorang ni call pun jarang. Hahaha

Aku rasa aku boleh je buat Muet ni,task B serious laa boleh kot discussion. daebakk. Masing-masing rebut peluang nak discuss. Markah kan siapa je tak nak.. Tapi group aku rileks je tak salin. Aku salin okay. Mulanya,aku nak guna strategi aku nak balas kat candidate lain. Tapi tak dapat. Sebab candidate lain macam tak pandai nak gunakan team work dalam group tu. Sebab dorg semua 1st time ambil muet. Aim sebenar Speaking ni,dia nak tengok kita ni boleh berkomunikasi dengan ahli lain dan team work. Kalau kau dapat kawal dua-dua ni,insyaallah markah akan diperolehi. Jangan pentingkan diri masa Ujian Speaking.

Aku puas hati dalam group tu, aku boleh berkomunikasi dengan baik dengan ahli lain. Seronoklah. Even dorang macam nervous dan ada kekurangan sikit pada dorang. Tapi permulaan dorang pun okay. Not bad lah orang putih cakap. Cuma aku masa Speaking, ada silap sikit. Aku perasan macam terulang point yang sama. Haha. Idea dah buntu.Redha jee


Okay sampai sini jee. Bye



  • Share:

You Might Also Like

0 Comment