Perjalanan muet Part 1

14 March

MUET... So bad. Ingat je pun memacam perasaan keluar. Kahkahkah 12 March 2016 yang lepas aku pun dah selesai menjalani MUET. Ahaa skema gila ayat. Syukur alhamdulillah,segalanya dimudahkan,cuma Reading paper tuu susah sikit.. Ehh bukan sikit tapi susah banyak. Nak tahu tak apa yang jadi sebelum MUET tuuu..

Meh sini nak cerita,asalnya aku nak ride je pergi sana. Tapi Izzuddin pulaa cakap nak datang pick up aku Jumaat tu memandangkan kitorang punya first paper awal pagi.. Emm paper start pukul 8. Awal terok en ? So duration dia nak gerak dari Tapah ke Seri Iskandar pun at least an hour then nak gerak pulaa ke Gopeng almost 45 minutes camtu la. Habis nak gerak awal pagi selepas subuh ke.. So,Kitorang pun gerak jelah petang Jumaat tuu.

Dah mati kutu tak tahu nak pergi mana,tetiba je Izzuddin bawa ke Aeon Station 18. Katanya nak tengok wayang ataupun main bowling. Haa ni laa calon terbaik,tak sedar diri yang esoknya Muet. Boleh pulaa berjimba. Never mind lah. Disebabkan malas and emosi pun tak stabil sangat aku decide je nak tengok wayang. Time tuu sempat pulaa argue nak tengok cerita apa. Aku nak tengok Kung Fu Panda 3 and dia pulaa nak tengok cerita Munafik. Brrrr " Saya tak nak la cerita hantu,saya nak tengok panda" Okay nampak en mengada kat situ.

Tapi dia pulaa dah tengok cerita panda tuu. Tetiba pula dia ubah fikiran nak tengok cerita Zoolander. Ntah dari mana datang cerita tuu,pelik-pelik je nak tengok cerita ntah apa-apa. First cadang kat dia nak split dia tengok cerita dia,aku tengok cerita aku. But then di tak nak camtu. So,akur jelahh untuk tengok cerita Zoolander tuu. 

Bila tengok cerita tuu,emm emm macam bodoh je jalan cerita. Dah la tiket mahal rm 17. Not worth dengan cerita yang disampaikan. Better tengok cerita Munafik tuu. Takpe laa benda dah lepas. Nanti la sambung pulak dekat Part 2. Papai

  • Share:

You Might Also Like

0 Comment