Nowdays
07 May
Pembunuhan kejam terhadap jutawan kosmetik terkenal tanahair, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang rakannya iaitu Ahmad Kamil Abdul Karim yang juga peguam peribadi beliau, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, dan seorang lelaki yang dipercayai pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin bukan sesuatu yang baru dalam kamus jenayah kejam di Malaysia. Terdapat beberapa nama penjenayah yang tersemat kemas dalam penjenayah kejam di Malaysia. Antara yang paling terkenal adalah Mona Fendy atau nama sebenarnya Maznah Ismail. Mona Fendy yang dikaitkan dengan pembunuh ahli politik yang berasal daripada Pahang, Datuk Mazlan dikatakan mengamalkan ilmu hitam. Beberapa bahan bukti yang dibawa ke mahkamah seperti tongkat dan songkok mengesahkan lagi dakwaan itu.
Walaubagaimanapun, terdapat juga jenayah kejam seperti pembunuhan Nurin Jazlin tidak dapat diselesaikan sepenuhnya kerana suspek utamanya masih belum dapat ditangkap. Pembunuh yang digelar lelaki kucing itu masih lagi berkeliaran dan hanya menunggu masa dan ketika untuk ‘meragut’ nyawa baru.
Namun, ini tidak bermakna pihak berkuasa di Malaysia tidak cekap. Pihak berkuasa sehebat Scotland Yard dan NYPD sekalipun, terdapat beberapa kes tidak mampu diselesaikan dek kerana kekurangan bukti dan maklumat penjenayah. Antara yang kes paling terkenal yang sehingga kini belum dapat ditangkap pembunuhnya adalah kes Jack the Ripper, Claveland Torso Murderer (Pembunuh Claveland Torso) dan Zodiac Killer(Pembunuh Zodiac). ( Sumber:takusahrisau.wordpress)
Nowdays,banyak betul kes bunuh-bunuh ni kan sampai kita rasa terancam.paling jadi trending sekarang ni kes bunuh girlfriend.I ada terbaca news pasal seorang guru agama ataupun ustaz yang bunuh kekasihnya dalam kereta berdekatan sekolah agama.Sedih sangat.Kenapa manusia akhir zaman sangat kejam.Tak berperikemanusiaan.Ada lagi kes yang bunuh girlfriend,tak silap i mangsa yang dibunuh tu student uitm Pulau Pinang.Mati dikelar..Hmmm ya allah, semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
p/s:Kepada para wanita and teens perempuan di luar sana mohon berhati-hati..Jaga diri korang elok-elok.
0 Comment