diploma in building
26 November
Hello,assalamualaikum, entry kali ni aku nak cerita sikit pasal Diploma in Building.Okay,aku studied kos Bangunan bukan kos Ukur Bangunan. Ramai yang still confused dengan kedua kos ni. Sokaylah tak mengapa. Aku pun ada applied Ukur Bangunan juga masa isi UPU dulu. Disebabkan kos tersebut ada interview so aku pun tolak tepi sebab langsung tak prepared untuk diinterviewkan. Tapi secara basicnya, kalau dah namanya kos berkaitan dengan bangunan, subjek mungkin lebih kurang sama jelah. Cuma Ukur Bangunan, nama pon ukur mestilah ada pengiraan lebih sikit dari kos Bangunan.
Diploma Ukur Bangunan ni lebih fokus kepada land survey and banyak guna alat-alat canggih like theodolite,hydrometer apa semua tu. Tapi kitorang yang kos Building ni pun ada jugak belajar camtu dalam subjek Site Surveying. Subjek ni kitorang belajar 2 sem je,masa sem 1 and sem 2. Subjek ni agak menarik juga sebenarnya,sebab kitorang boleh try guna alat-alat hebat and mahal tuu untuk kaji topografi or somethings yang related dengan penyediaan tapak sebelum mulanya construction of buildings. So,masa sem 2 tu korang akan ada survey cam selama 4 hari 3 malam camtu. Aku ni studend UiTM Seri Iskandar,and kitorang punya tapak camp tu dekat Kompleks Rakan Muda Taiping.
Then kitorang pun ada juga subjek Structures sama la macam student kos Ukur Bangunan. Subjek ni relate dengan core subjek . Tapi bezanya ialah ia merupakan subjek kiraan campur fizik. Contohnya pengiraan tentang jumlah beban yang boleh ditanggung oleh sesuatu structure (beam or column,etc). Pendek kata agak macam civil engineering lah. Tapi tak terlalu mendalam macam civil. For subjek ni,korang kena hadap selama 3 sem,bermul dengan Structure Mechanics,Structure Analysis and Structure Design.Only 2 credit hours. Tapi tak boleh main-main dengan Structure.
Okay now,jom intro subjek seterusnya iaitu Builder's Quantity and Estimating.2 credit hour jugak. Memandangkan course Building ni lebih dikenali sebagai kontraktor,so korang kena tahu la jenis-jenis tender yang ada and Bill of Quantities (BQ) masa nak buat kontrak nanti. Aku tak berapa minat dengan subjek ni. Agak tough sebenarnya sebab nak kena hafal description apa semua tu.Leceh kali. Tapi kitorang tak belajar sedetail students Ukur Bahan (QS). Subjek ni kitorang start belajar dari sem 3 kemungkinan sampai sem 6.
Kemudian mungkin ada subjek Building Services and Engineering. Nama subjek ni macam gempak kan. Tapi takde pun pengiraan. Basicnya korang akan belajar pasal water distribution system then terus ke plumbing and ventilation system. Bagaimana sistem saliran air dan perpaipan diaplikasi dalam sesebuah bangunan.Bermula lah dari cara water distribution sampai lah jenis rawatan.Contohnya sewerage system la,septic tank apa semua pond tu. Lagi, service macam air cond ke. Kena belajar jenis-jenis sistem yang ada lift and benda yang dikenali sebagai servis la untuk sesebuah bangunan.3 credit hours untuk subjek ni
Then,Construction Material atau pun Building Science,dalam subjek ni pulak korang akan belajar detail pasal material yang digunakan dalam construction of buildings. Nama pun construction material,mestilah pasal cara-cara penghasilan material tersebut.Contohnya cement,sand,aggregates,timber,metal,plastic and glass.Jangan takut,subjek ni korang boleh score punya kalau membaca and fikir logic. Hihi. 2 credit hour ye untuk subjek ni.
Building by Law adalah subjek killer dalam kos ni. Korang akan belajar bila dah last year nanti. Tujuan kos ni bukan nak jadi lawyer ke apa.Just korang kena belajar law. Dalam bidang bangunan ni, pun kena belajar law tau.Korang kena cari buku ni .Tak mahal pun. Tapi aku fotostat je dari member.
Law,kalau confuse atau masih takut-takut tu meh sini nak citer sikit. Korang akan belajar detail pasal syarat-syarat untuk mendirikan sebuah building yang selamat la. yang ikut undang-undang,sama je macam undang-undang jalan raya. Had laju berapa apa semua tu.Tapi dalam Building by Law ni korang akan belajar had-had max and min yang diluluskan.Contohnya,sudut yang dibolehkan untuk anak tangga,ketinggian pemegang tangga,lebar anak tangga apa semua tu.Semua benda yang korang nampak pada bangunan yang melibatkan dari segi ukuran, bilangan dan keperluan.
Subjek yang wajib ataupun core subjek bagi kos Bangunan ni Building construction. Subjek ni macam belajar macam mana kamu bangunkan sesebuah bangunan tu. Bermula dari foundation (asas), column, wall, slabs, roof and so on. Belajar mengenai cat apa semua tu. Korang jangan risau,subjek ni sangat menarik dan amat membantu korang untuk catch up CGPA yang tinggi sebab credit hours 4 dan amat senang la nak dapat A+. For this subjek,korang kena hardcore la sikit masa sem 1,2 dan 3 sebab korang perlu buat drawing and kerja-kerja workshop. Bagi yang perempuan tu,jangan takut ye. Tak mustahil untuk kita.
So,aku shared sikit pasal kos Bangunan. Aku pun student programme AP116 Diploma in Building kat UiTM Seri Iskandar.Okay lah,penat menaip,so sampai sini je entry untuk kali ni,hopefully info ini akan dapat membantu korang untuk memahami lebih mendalam tentang bidang ini. For those yang still tertanya-tanya apa kelayakan pekerjaan untuk kos ni tuu korang layak menjadi site supervisor and contractor. Degree in Construction Management.If korang nak applied Civil Engineering pun boleh masa degree nanti.Cuma tempoh belajar la akan lama sikit.Yang nak sambung Archi pun boleh.And seorang contractor tak perlu pandai melukis plan pun tapi korang mesti pandai mentafsir and membaca drawing. Sekian...
0 Comment